跳到主要內容區塊

國際暨兩岸事務處

109學年度外國學生申請入學招生辦法(馬來文)

Guru-guru yang kami hormati sekalian
Pandemik Covid-19 yang merebak kini telah menyebabkan seluruh negara mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan telah menjejaskan ekonomi dalam bidang perindustrian.Ini sekaligus menjadi beban kepada ibu bapa di luar sana kerana mereka juga bakal menghadapi krisis ekonomi yang terus menerus.Walau bagaimana pun,pendidikan anak-anak tidak boleh terbantut hanya kerana pandemik ini.Oleh itu,Lee Ming Institute of Technology akan bertanggungjawab untuk sama-sama membantu pelajar-pelajar yang ingin memulakan pengajian dengan TIDAK PERLU membuat bayaran yuran kemasukan sekolah pada TAHUN PERTAMA.Dengan ini,pelajar-pelajar akan dapat memulakan pengajian dan mencapai impian yang diimpikan.

Antara Pelan-pelan Memulakan Pengajian Dengan Tenang di Lee Ming Institute of Technology pada Tahun 2020 ialah:

●Bayaran Yuran Kemasukan Sekolah pada Tahun Pertama TIDAK PERLU DIBUAT.(Semester Atas dan Bawah)
●Bayaran Yuran Kemasukan Sekolah pada Tahun KEDUA hingga KEEMPAT akan diberikan BANTUAN BIASISWA sebanyak 20,000TWD pada setiap Semester.
●Hostel yang disediakan boleh menempatkan 6-7 orang,dan bayaran pula berjumlah 7500TWD setiap Semester.(untuk 6 bulan) *Cuti musim panas dan musim sejuk tidak perlu bayaran tambahan

Pelan-pelan yang disediakan ini akan memberikan bantuan biasiswa yang berjumlah 22,0000TWD kepada setiap murid dalam masa 4 TAHUN agar mereka tidak terlalu risau tentang masalah wang pembiayaan mereka semasa menjalankan pengajian di Taiwan. Lee Ming Institute of Technology akan berusaha mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka memulakan pengajian di sini,dan akan sama-sama mengharungi pandemik ini.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mendaftar melalui saluran

●Pelajar Cina Luar Negara-僑生(QiaoSheng)boleh membuat Pendaftaran SEBELUM JUN 20.
●Pelajar yang mendaftar melalui saluran Pelajar Asing-外籍生(WaiJiSheng)pula boleh membuat Pendaftaran SEBELUM JULAI 17.

Jikalau ada sebarang pertanyaan,dipersilakan menyuarakan pertanyaan anda pada bila-bila masa sahaja.Kami akan sedia membantu. TERIMA KASIH!

※Pelajar Cina Luar Negara,Pelajar HongKong China dan Pelajar Luar Negara akan memohon mengikut kelayakan pada tahun 2020.
瀏覽數  
將此文章推薦給親友
請輸入此驗證碼

Search Keyword

數據載入中...